Friday, March 22, 2019

5 KISAH WANITA PEROLEH PENDAPATAN 4-5 ANGKA DENGAN MOBILE SPA

Readers Aqlis Mia Dot Blogspot dah tak asing lagi dengan kisah pendapatan tambahan dari income Mobile Spa The Walking Beauty..



Iye lah.. Lepas 1 hari training...

Korang terus dah boleh buat income...

Kalau tempat lain.. Dengan modal RM1999 baru dapat belajar kursus spa.. Tapi dengan The Walking Beauty.. Dengan yuran tu korang dah dapat peralatan lengkap untuk sebuah mobile spa.. Then.. Boleh terus entertaint customer...





Posting kali ni nak bawakan 5 orang yang income bukan biashe biashe dengan Mobile Spa The Walking Beauty ni..

#SuccessStoryTWB

Memang syiok sangat bile kita ada skills ni and produk terbaik dari Shaklee ni... Memang terus confident nak buat servis..

1. SHYE

Ni cerita dari Shye... Tekan link untuk reach FB die... Kat sini i tampal kisah dia untuk dikongsikan...

1. Bila saya join TWB dan berapa yuran masa tu?
🔹 Saya join Nov 2015. Masa tu RM750 untuk course facial je.

2. Apa BIG WHY join TWB?
🔹 Nak capai career development & improve income walaupun saya housewife and 24 jam kat rumah.

3. Apa perkara yang paling berharga diperolehi sejak join TWB?
🔹 Dapat ilmu bisnes, strategi bisnes, ilmu kesihatan, ilmu kecantikan, bonus pun makin besar & bisnes rasa lebih fun nak buat bila ada progress.

4. Berapa lama masa ambil untuk balik modal:
🔹 Modal pun pakai income bonus Shaklee je. Pastu waktu upgrade ke 5 course (sekarang pakej 5 course ni RM1,999), pun sama, beli barang2 dengan bonus Shaklee. Every month pun income bonus Shaklee lebih stabil. Income saya memang 4 angka setiap bulan & paling minimum pun RM1k++ so senang la dpt balik modal 😄 . Alhamdulillah.. saya tak buat servis spa langsung tau ni. Saya jaga anak-anak 24 jam je di rumah. Anak ada 3. Paling kecik 1 tahun 2 bulan.
So bayangkan kalau u all buat duit ngan servis spa lagi macam yang saya share kat wall FB saya hari2, sure berkepuk-kepuk lagi income. Yang bagusnya ilmu spa TWB ni, anda bebas nak pilih penjuru income mana yang anda nak. Takde saper paksa.
5. Adakah TWB sama dengan training spa di luar sana? Kalau berbeza apa satu perbezaan yg paaaaling menarik?
🔹TWB memang jauh berbeza. Perbezaan yg paling menarik adalah kelebihan mentorship yg ada dlm bisnes TWB even selepas hands-on training. Then ada 6 penjuru income yang kita leh kejar. Ada career development. Tak buat spa pun ada cara utk dpt income. Ada FREE trip kita boleh dapat. Dan macam2 lagi. Memang TWB best sgt2 😊

6. Fokus TWB kepada servis spa semata atau semua penjuru income?
🔹 Saya pernah fokus servis spa masa awal2 join. Buat kat jiran-jiran & ahli keluarga kat kampung. Memang merasa instant cash tu. Sejam keje dah dapat at least RM50. Serius senang gile buat duit!!
🔹 Then saya fokus membesarkan empire saya dengan menolong wanita lain pula yg nak buat bisnes mobile spa ni. So saya fokus utk besarkan bonus Shaklee melalui recruitment dan menjual produk2 Shaklee serta untung runcit. Kiranya walaupun saya tak buat servis spa, saya sedang menolong wanita lain untuk buat servis spa diorang & besarkan income diorang pula 😊

7. Average income dr TWB (Harap boleh share untuk pembakar semangat pembaca & wanita di luar sana)
🔹 Paling minimum RM1000 setiap bulan sekarang dalam title surirumah 24 jam & tak buat servis spa. Totally coaching anak buah dalam marketing spa & bisnes Shaklee masing2 je. Then paling tinggi pernah hit RM5k+++ waktu naik Coordinator.
Apa pencapaian impian paling tinggi:
🔹 Emmm hasil gigih berbisnes dari rumah, saya berjaya membesarkan tabung simpanan saya. Syukur Alhamdulillah.
🔹 Saya resign drpd engineer tahun 2014. Join Shaklee 2014 & TWB tahun 2015. Then saya tunaikan Umrah pada akhir tahun 2016, travel ke Istanbul (Turkey), Ho Chi Minh (Vietnam), Kyoto dan Osaka (Jepun), Hanoi (Vietnam), belanja keluarga penginapan di hotel 5 star di Cyberjaya sempena Anniversary , and banyak lagi.. Then bayar downpayment kereta Nissan Serena sebanyak RM10k, daftarkan anak masuk swimming class and now InsyaAllah.. sikit lagi nak layak dapat FREE Trip 5 Star ⭐️ Regional Shaklee ke Phuket tahun 2019 ni. Doakan saya ye ☺️
Apa perasan dapat capai impian dengan TWB:
🔹 Memang seronok sgt sebab sejak join TWB, bisnes start progress and empire YST saya grow. And yang paling happy, of course bila saya dapat naik rank dalam Shaklee satu persatu dari Supervisor, lepas tu Senior Supervisor dan akhirnya latest Coordinator, semuanya asbab berTWB.
Income pun makin stabil Alhamdulillah. Suami juga merestui pekerjaan saya Alhamdulillah.
Dalam empire saya, saya telah melahirkan 5 orang Supervisor, seorang Senior Supervisor dan ramai lagi business builders Spa TWB ☺️
Apa saranan/cadangan untuk wanita di luar sana:
🔹 Jom sertai kami di TWB. Terlalu banyak peluang untuk anda jana income tak kisah la nak full time ke part time ke. Once anda dah join dan faham lubuk2 duit yg ada, anda akan rasa untung sgt2 dah menjadi salah seorang ahli dan #AlumniTWB.









1. Bila join TWB dan berapa yuran masa tu?
🔹 Zura join Nov 2015. Masa tu RM750 untuk course facial je.

2. Kenapa nak join TWB sedangkan sudah bergelar guru dan ada income yang lebih stabil?
🔹 Cikgu bukan JUTAWAN tau. Paling banyak berniaga cikgu la weh. Dekat bilik guru memang penuh katalog. Paling best siap ada telegram jualan 😂😂😂 Berniaga ni Bukan sebab cikgu pandai bercakap TAPI sebab sesak da. Tengok sebelah kiri bahagian Slip gaji dah macam gaji doktor. Cuba telek sebelah kanan, banyak potongan weeee.
Zura join TWB ofcos la nak improve income sebab selalu sesak nafas bila hujung bulan & bila ada duit dapat tunaikan tanggungjawab sepatutnya kepada mak ayah sebagai seorang anak.

3. Apa perkara yang paling berharga diperolehi sejak join TWB?
🔹 Dapat ilmu bisnes, strategi bisnes, ilmu kesihatan, ilmu kecantikan, bonus pun makin besar & bisnes rasa lebih fun nak buat bila ada progress.

4. Berapa lama masa ambil untuk balik modal:
🔹SEBULAN. Ye cuma sebulan je dah dapat dah pulangan modal RM750 tu. Zura memang fokus buar servis spa, training spa & Shaklee.

5. Nak buat Spa ni perlukan pengalaman ke?
🔹 Sejujurnya, zura 0 basic spa. Jadi, nak buat spa korang ghase perlukan pengalaman spa ke? Zura belajar masa training dan selebihnya belajar setiap hari melalui client kita. Kata orang practice make perfect. Tak perlu nak tunggu perfect baru nak buat. Alamatnya memang sampai ke sudah tak buat. From 0 dan lama-lama zura jadi excellent dalam dunia spa.

6. Kenapa pilih spa TWB & Shaklee?
🔹Spa TWB & Shaklee memang jauh berbeza. Perbezaan yang paling menarik adalah kelebihan mentorship yang ada dlm bisnes TWB even selepas hands-on training. Then ada 6 penjuru income yang kita leh kejar. Ada career development. Tak buat spa pun ada cara untuk dapat income.
Ada FREE trip kita boleh dapat. Dan macam2 lagi. Memang TWB best giler. Bonus shaklee memang sangat besar. Masa baru join Spa dan Shaklee, bonus pertama cuma RM23.42 sen je dan seterusnya zura pernah dapat RM3k macam tulah dan seterusnya ? (Rahsia la) Insyaallah lebih banyak dan banyak bila niat kita ikhlas.
Cuma sekarang tak lah rasa sesak sangat. Kalau nak beli apa je boleh beli tak payah tunggu gaji.

6. Apakah cabaran paling hebat selama buat spa?
🔹 Tipulahkan kalau kata takde cabaran. Fuhhh lap dahi sekejap. Tapi sebab cabaran tu lah zura jadi semakin kuat dan lebih positif.
 zura pernah dihina mula tak lawa ada hatu nak buat spa. Sedih giler beb. Tap tap ayaq mata berderai bak kaca terhempas. Mau orang tak jeles, muka yang macam jalan tar dulunya dah boleh ada spa atas nama sendiri.
Ada aku kesah 🤗🤗🤗
 Zura selalu sesat ke rumah customer. Bila sesat berhenti tepi jalan dan nanges2. Hahaha
Zura bernasib baik tau sebab sepanjang buat spa belum ada lagi customer yang tipu.

7. Average income dr TWB (Harap boleh share untuk pembakar semangat pembaca & wanita di luar sana)
🔹 Paling minimum RM1000 setiap bulan kalau buat servis spa weekend je. Ni kalau malas nak cari cuatomer spa la. Paling tinggi income dalam spa zura pernah dapat RM750 untuk sabtu dan ahad. Bayangkan kalau uolls suri rumah ni buat full time. Lagi masyuk beb.
Kita bos, kita pekerja, kita akauntan , jadi ikut suka kita nak buat masa bila. Sangat fleksibel. Tak ganggu langsung masa kita bersama keluarga. Kita boleh buat perancangan sebab untuk customer spa perlukan booking dan kita boleh set masa appoiment ikut masa kita.

8. Macam tak percaya boleh savings banyak untuk hantar mak ayah ke umrah. Betul ke tak ni?
🔹 Pada mulanya zura pun tak percaya. Tapi zura percaya kuasa fokus dan letakkan target. Hari-hari tatap target tu dan bayangkan. Dan bukan tenung je.....diiringi dengan usaha.
🔹 Nak tahu macam mana zura buat? Ok macam ni lepas kursus spa, zura hanya mahirkan skills dengan facial saja. Seorang customer zura cas RM50. Zura dah dapat lebih 100 orang customer. Sila darab lah ye.
🔹Alaaaa macam ni bila nak kaya. Bila nak capai target. Kat sinilah zura upgrade skill. Zura upgrade terus kepada sauna, scrub badan, lulur aromatheraphy massages dan tangas. Kat sinilah betapa nilainya ilmu bila kita boleh higher buat duit.
🔹 (Dan zura terpaksa bayar setiap kurus pada harga berlainan). Sebab tu pekej sekarang lebih menguntungkan. Korang bayar sekali dan nikmati 12 kursus lumpsum. Jangan takut rugi, jangan takut mahal, percayalah bila korang bijak gunakan ilmu ianya sangat bermanfaat.
🔹 Lepastu zura tambah lagi kursus... tamaknya la kan. Kali ni zura upgrade kursus bekam dan akupunktur. Alahai bila banyak skill zura boleh buat pekej dan sekaligus menampakkan betapa highclass nya spa kita. Customer ada banyak pilihan.
🔹 Zura hanya guna keuntungan spa untuk upgrade skill. Bertuahnya rasa. Korang nampak tak? Betapa berbaloinya jika kita berani melabur.
🔹 Zura mula rekacipta nama pekej spa, contohnya pekej seri pengantin, seri ayu, pekej bidadari dan macam-macam pekej. Bila buat pekej, kita dapat bantu customer untuk nikmati spa lebih menjimatkan.
🔹 Pernah sehari tak tau dah nak bagi apa nama pekej ni, customer nak semua sekali. Servis dari pagi sampai petang.Aduh duh patah pinggang mak.
🔹 Setiap hasil spa zura tabung. 20% je kalau nak enjoy pun. Berkat menabung. Bestkan korang.

9. Kenapa nak hantar mak ayah dan bukan sendiri yang pergi?
🔹 Saya berdoa supaya zura dan suami juga dijemput menjadi tetamu Allah. InsyaAllah redha allah adalah redha ibubapa.
🔹 Sebenarnya pada mula zura saving niat saya nak ikut trip TWB ke Paris. Haaaa bab ni zura nak habaq salah satu kebestan SPA TWB. Setiap tahun ada annual trip international. Zura dah beli beg, dah beli jacket, dah beli long john. Cuma kasut tu tengah survey. Paris pada masa tu musim sejuk.
🔹Tetiba ubah fikiran, Allah gerakkan hati in nak hantar mak ayah ke umrah. Baik zura dahulukan mereka dan lupakan niat untuk ikut trip. Zura fikir takut tak sempat je nak tunaikan impian mereka. Finally, buat keputusan dan terus bayar booking RM2k dengan Emraaz Agency. Selebihnya perlu dijelaskan sebulan sebelum pergi. Alhamdulillah, kita pasang je niat, Allah terus hantar rezeki mencurah-curah. Kos yang zura sponser hampir 20k.
Menitis air mata dan terpancar wajah gembira di raut wajah suci mereka. Allahu

10. Apa saranan/cadangan untuk wanita di luar sana:
🔹 Jom sertai kami di TWB. Terlalu banyak peluang untuk anda jana income tak kisah la nak full time ke part time ke. Once anda dah join dan faham lubuk2 duit yang ada, anda akan rasa untung sangat2 bila menjadi salah seorang ahli dan #AlumniTWB.





Ketika mula2 join, memang takde langsung peralatan spa.. apatahlagi barang2 untuk buat pakej pengantin. Dengan sauna, bekas spa, alatan lengkap , bunting, flyers , steamer panas, steamer sejuk, bisnes kad, tilam spa, bantal spa dan bermacam2 lagi alatan spa. Otak time ni pun kosong tentang ilmu spa, sendiri pun tak pernah pergi ke spa, nikan pulak nak buat spa kat orang sampai boleh terus run bisnes😆
How powerfulnya sistem TWB yang dibuat ni?
Betapa ia bermakna pada jannah dari mula jannah menuntut ilmu dengan Master Athirah, sehinggalah sekarang. buatkan jannah belajar baaaanyak benda tentang erti menjalankan perniagaan bermula dari tangan KOSONG.
Berkat perah otak, manage duit sehabisnya dan betul2 pada tempat dia dan mendengar semua nasihat dan guidance mentor menjadikan jannah kini berjaya akhirnya MILIKI SPA ATAS NAMA SENDIRI.
Berbeza sangat impak ketika jannah ikuti kursus spa diluar sejurus selepas tamat pengajian degree. Walaupun free, ilmunya, coachingnya, guidancenya takkan sama dengan TWB . Lifetime coaching! Dari 0 tak tahu apa2 tentang bisnes spa, sampailah ke satu level , kau berjaya bergerak dan nampak apa yang kena buat untuk majukan diri sendiri
Dalam bisnes , 10% sahaja sebenarnya tugas mentor,90% bisnes adalah atas tangan sendiri. Usaha dan kesungguhan ada dalam 90% dan ramai collapse bila baru buat 20-30% sahaja. Walhal bila tengok usaha, belum pun capai dan layak digelar STRUGGLE IS REAL untuk diri sendiri
Bila tengok pakej sekarang, terasa untung beautician TWB, semua dapat dah kat tangan. DENGAN BEGNYA, DENGAN PERALATAN NYA, DENGAN SKINCARE DAN SEMUA BAHAN2 SPA NYA tinggal nak run aje spa. Pulak tu siap2 belajar 5 jenis rawatan spa sehingga boleh mengadakan pakej pengantin untuk penuhi permintaan tinggi kat luar sana.
Untungnya mereka berbanding pakej yang jannah ambil sebelum ni. Kadang2 terfikir mengapa masih ada yang belum sungguh2 jalankan spa betul2 walau di tangan dah pun dibekalkan, peralatan spa lengkap, guidance dan group khas . Alasan sibuk bukan alasan bisnes zaman ni untuk kita berjaya, alasan kurang permintaan juga bukan soalan bijak untuk bertanya kepada mentor kenapa ia terjadi? Semuanya pucuk pangkal adalah diri sendiri. If you nak, go for it! Usahakan apa cara sekalipun sampai you berjaya !
If orang lain boleh naik rank , tentu kita sendiri pun boleh !
Jika orang lain boleh jana income ratusan ringgit sehari, begitu jugak kita, tetap boleh
Cuma beza kita dan orang berjaya adalah ACTION!



APA NILAI YANG SAYA DAPAT SEJAK JOIN THE WALKING BEAUTY?
Hi guys!
Sy nak share sket tentang sy mula terjebak dengan projek spa TWB.. Bermula pada Julai 2015 lagi.. Masa tu pakej spa RM750! Murah jerr.. Ambil course facial je pun.. Tak macam sekarang ni, Lengkap dah 5 course, siap ada course tambahan lagi! Makeover..
Beruntung lah u all yang dah join Pakej Spa TWB 2019 ni.. All complete! Siap produk semua! Best gila!
Mula join TWB niat just nak challenge diri je sebab sy nak tengok sendiri potensi sy dalam bisnes spa. Test market orang kata. Sebab bisnes spa ni masa tu tengah naik! Trending! 😁
So far, it’s worth! Saya tak menyesal pun. Jatuh bangun sy, sy tetap stay in TWB..
Nilai yang sy dapat melalui TWB?
🌹 Dapat capai income instant cash dengan mudah
🌹 Dapat meluaskan lagi bisnes Shaklee sy melalui spa TWB. Alhamdulillah sy kini berjaya naik Rank Coordinator!
🌹 Dapat membantu para wanita terutama suri rumah untuk menjana pendapatan sama ada secara part time atau full time melalui TWB
🌹 Dapat membimbing mereka untuk menjadi usahawan spa yang berjaya
🌹Mengeratkan lagi ukhwah silaturrahim sesama team TWB.
Dan banyak lagi.. In shaa Allah mudah2an rezeki kita semua diperluaskan lagi.. Apa pun kerjaya yang kita lakukan sekarang, niatlah kerana Allah SWT.. ❤️
I’ll fight for Swiss 2020! Aaminn


Orang Kelima aku nak ceritakan tentang diri aku sendiri
Maybe reject cket cerita ni sebab aku baru jer dapat income 3 angka dari Shaklee.. And 3 angka jugak dari mobile spa... 
He he..
Tapi... Ini adalah kisah kejayaan aku dalam hidup aku sendiri... dalam circle aku yang kecik ni...

Pada mulanya kau join The Walking Beauty ni sebab memang nak bukak spa sendiri.. dah fikir kat mane and konsep ape spa aku nanti.. tapi.. biaselah.. angan-angan hanya angan-angan bila kita cuma berangan...
Dengan join TWB aku tak payah fikir dah berapa puluh ribu lagi aku nak kena ade sebab aku dah pun ada Beauty Parcel by Aqlis Zamia dengan modal RM899

AKu dapat skill servis spa.. aku tau nak marketing.. aku dah mula ade business card sendiri.. flyers... untuk promosikan mobile spa aku...

Disebabkan aku masih bekerja.. dan Mobile spa ni boleh buat income sambil santai-santai.. Dah syiok pulak... dapat bape ratus sebulan tu... dapat tambah duit sket-sket... 

Selalunya yang guna servis aku ni..

Bakal-bakal pengantin.. Full pakej dengan harga RM249

Then.. bile tambah skill penjagaan berpantang... haaa... dah mula ade customer urutan tradisional.. tapi yang ni tak count in.. ha ha ha.. cuma nak cite jer... 

yang best nyer.. lepas servis.. dapat bagi mak cash.. kalau RM50 aku bagi le mak RM20... macam tu lah... kalau banyak dapat.. banyak le boleh bagi...

Nak cerita sikit... 
Cerita ni aku tak dendang kan pada sesapa.. sebab kalau cerita jadi serba salah.. tak tau kenapa...

Aku baru je dapat anak keempat... dan anak ni adalah anak shaklee aku 100%... he is really different.. ha ha... maybe asbab consume Shaklee.... Alhamdulillah.... 
Masa mengandung aku cargas...
Mase berpantang pun aku cargas...
TAk de masalah...
Aku aktif gak walaupun belum habis pantang... 
Dan lepas je hari aku dah ade customer urut dan facial...
Itu adalah sisi luaran yang orang lain boleh tengok,.. orang lain boleh nampak..

Tapi... sebenarnya berpantang anak keempat ni adalah waktu sukar aku...
Aku hampir meroyan... Benci dengan semua benda.. anak-anak yang besar jadi mangsa... I dont know nape aku marah diorang macam orang takde iman...

Rumah dan tempat kerja aku agak jauh.. Duduk di Bukit Katil... and kerje di Jasin.. anak-anak semua bersekolah di Jasin... 

Uruskan anak-anak sendiri.. adalah perkara yang mencabar.. Dulu aku tak rasa.. tapi bila anak yang bersar dah sekolah.. dan ade baby... aku rasa sangat-sangat tertekan bila waktu siang.. nak uruskan diorang kat rumah... if tak sekolah... ayah die kerja Tampin.. Agak jauh.. dan waktu siang 100% aku uruskan anak-anak...




WAktu yang boleh tenangkan aku bila husband balik.... Dia akan uruskan semua hal rumah.. jadi tekanan perasaan yang aku rasa waktu siang tu terubat.. tapi esoknya perkara ni akan berulang..

Aku dah start jadi baran sangat-sangat... 

Satu hari tu.. entah macam mana.. sebab apa.. aku luahkan pada husband
Aku call die kate tak larat...
TAk boleh..
Penat sangat...
Aku memang tak mampu.. tak mampu sangat... 
Aku menangis... Bentan 2 kali lah jugak mase berpantang hari tu..
Ulang alik melaka jasin dan karenah anak-anak dalam kereta selama setengah jam mase pergi balik tu... 
Anak-anak aku sangat ok kalau aku ok..
Tapi aku sangat tak ok dan buatkan diorang memberontak...

Dari situ.. Husband buat keputusan untuk beli 1 rumah kat jasin.. Kalau tak de income tambahan ni aku tak berani... Aku sangat yakin yang Mobile spa aku akan terkenal.. Dan dan mula dikenali... InshaaAllah... kami boleh survive..



Kalau husband takde OT pun kami tak berani... Syukur juga ade peluang husband pun ade pendapatan tambahan... 

Dan sekarang alhamdulillah...
Aku adalah antara orang-orang yang bahagia dan gembira.. 
Saat yang sangat-sangat getir aku dah lepas... Sekarang ni nak capai impian-impian yang belum dapat di capai.... 

Ya Allah... Terima Kasih dengan susunan jalan cerita hidup aku yang kau tentukan....




No comments:

:: CHECK UP ANAK BERJADUAL DIHOSPITAL MENYUSAHKAN ::

Haiii allss...  Lame dah tak share ape-ape cerita.. and kali nih... aku nak share pasal bawak anak check up bulanan kat klinik ibu dan ana...

Yayah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Abang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Kakak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Adek

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers