Monday, December 2, 2019

:: CHECK UP ANAK BERJADUAL DIHOSPITAL MENYUSAHKAN ::

Haiii allss... 

Lame dah tak share ape-ape cerita.. and kali nih... aku nak share pasal bawak anak check up bulanan kat klinik ibu dan anak...

Semua yang berlaku nih buatkan aku fikir macam-macam.. sampai keluar idea yang tak masuk akal.. maybe ade parent lain yang fikir pun idea nih..

Tapi.. idea time kita dalam keadaan yang genting dan stuck nih kadang-kadang tak leh tak share.. Sebab keadaan macam ni yang bagi kita idea yang agak berlainan dari masa kita tenang...

Bangun pagi tu sebenarnya dalam keadaan yang agak marah-marah... Entah apa lah salah masa nak tidur semalam... Maybe sebab tak memaafkan orang lain.. jadi dendam tu sebenarnya menyusahkan diri kita balik...

Tanggungjawab kita bangun sebagai hamba Allah dan bersolat... bukan sunat tau.. wajib.. solat subuh tu wajib.. aku bukan suruh tahajud.. tapi bangun pagi untuk solat subuh.. come on... Islam kan...

Ok.. cukup cerita  pagi tu..

Serabut sket sebenarnya aku pada hari tu.. sebab

Ade audit..

Manusia je kot yang nak audit kita... and kita nak serabut sampai melibatkan semua orang.. belum ibadah kita lagi yang nak diaudit.. ha ha ha.. hadoiii... dunia sangat semua nih...

Itulah gambaran hidup aku pada pagi aku nak bawak anak pergi ke klinik untuk check up dan suntikan...

Aku mintak husband untuk bawak anak ke hospital.. tapi pejabat die plak ade program.. since my audit entrance tu petang.. pagi tu i decide nak bawak anak check up.. Jadi I mintak Mr Husband siapkan anak untuk I bawak...

Sampai kat hospital I tanye boleh ke I nak check up hari ni.. sebab sebenarnya I kena datang Isnin tu 25 November.. tapi dan terlupa and I datang pada hari Khamis 28 November... I tanya dulu sebab I akan balik je kalau diorang tak nak entertaint I hari tu...

Then.. diorang kate tgklah nanti nurse tu kata ape... ape-ape pun letak buku dulu..

Ok.. jawapan nih agak menjengkelkan bagi orang yang mood tak stabil macam I pagi tu...

U cuma kena jawab boleh atau tak jer.. Sebab I akan datang lain kali masa U boleh entertaint I... My mistake sebab tak datang pada tarikh yang ditetapkan sebab tu I tanya dulu boleh ke ambek kes I...

Clear tak situasi I??

Ok.. Sambung....

Anak I dah trauma dengan hospital..  tak lah trauma teruk sebab die boleh main kat hospital tapi nangis kalau kena timbang.. bukak baju.. ambik ukuran atau ape-ape aktiviti yang melibatkan nurse and doktor yang beruniform..

Cane I boleh cakap trauma.. pandai-pandai jer kan.. I bukan doktor... ha ha ha... yang ni I share dalam post lain lah... ade peristiwa yang menyebabkan die nangis bila misi atau doktor pegang die...

Ok...

Bila sampai turn I..

Biasalah misi akan cakap.. Berat baby u tak cantik.. kat zon kuning jer nih... Sambil tu cakap yang I belum lengkapkan lagi buku biru anak I tu... sebab die nak tau perkembangan anak I.. dah boleh buat tu... buat ni.. dah boleh respon tu.. respon ni...

and my baby masa tu start dah la buat hal.. die nak pen and buku  yang misi bagi.. nak conteng sana sini... tak boleh dipujuk...

Then.. misi sekolah kan I lagi sepatutnya jangan datang sorang... datang ngan husband.. he can help anything.. tolong pegang and layan anak ke... ape ke...

Disebabkan tak dapat nak pujuk anak and lengkapkan buku... misi cakap lagi yang die ade ramai lagi patient die nak layan... dalam erti kata lain.. saya ada banyak kerja lain nih...

Adoiiiii....

I cannot brain lah nak hadap situasi tu... it stress me out.. adoii...

and I cuma jawab..

Saya datang lain kali lah....

Bila nak datang? Petang??

Tak boleh.. saya ada meeting... Esok je lah

Esok tak boleh puan.. x de doktor..

Ok.. minggu depan je saya datang..

Eh.. tak boleh minggu depan.. tak pe.. puan pujuk la dulu anak puan...

Akhirnya... Die suruh pujuk dulu... Keluar dari bilik check up tu.. anak I boleh main.. boleh gelak.. haiiihhh... suruh die pegang buku bagi kat misi... dia bawak buku.. tapi sampai depan pintu.. die pusing ke pintu keluar...

Nangis tak nak masuk...

Haiihhh.. aku angkat die bawak masuk.. die start nangis.. haiihhh.. aku tinggalkan jer buku tu kat meja misi... lepas meeting je nanti aku bawak..

Jadi...

Aku hantar anak balik dan masuk ofis...

Dalam perjalanan pergi ofis lah idea nih keluar...

Kami ibu-ibu diberikan tarikh ikut kawasan.. and ade misi yang handle ikut kawasan masing-masing..  menjadi masalah kepada ibu-ibu yang bawa anak  ke hospital nak tunggu lama-lama and macam-macam ragam anak-anak...



Apa yang buatkan I terfikirkan Idea ni bila misi cakap...

Baby.. nape nangis nih.. macam mane misi nak tengok awak ni ok ke tak.. boleh buat ke tak ikut M Chart nih..

Kenapa misi tak buat 1 group wasap antara die dengan ibu-ibu dibawah pantauan diorang.. buat ikut kawasan... and mintak ibu-ibu hantar video anak-anak melalui wasap...

contoh.. adakah anak anda memandang wajah anda lebih dari 2 minit...

its a precious moment kan... mak-mak mesti teruja untuk rakam muke anak-anak mereka tengah renung muke mak die dengan mata and muke yang suci murni tu...

Kami melaporkan menggunakan video dan misi boleh tengok perkembangan semua baby dan buat laporan... So tak payah la kitorang datang tunggu lame kat klinik ibu dan anak tu...

Petang tu.. bila I pergi bawak anak...

Tak payah nak tunggu lame2 sebab orang pun tak ramai.. buku pun tak de ape nak tulis.. and boleh terus jumpa doktor.. and doktor yang test anak I...

Borak.. and main-main ngan anak...

Tak stress pun sebenarnya... lepas jumpa doktor terus cucuk...

Jadi.. suasana kelam kabut tadi tu.. sebab ramai yang menunggu... Jadi.. perkembangan anak ni I rasa boleh jer misi kawal dengan video yang dihantar oleh mak-mak mengikut keperluan M chart.. atau keperluan jadual-jadual yang lain...

Kami pun tak penat nak tunggu turn...Orang yang memang ada urusan pun akan selesai cepat sebab tak ramai kat klinik...


Monday, September 16, 2019

:: KELEBIHAN JOM DETOX PROGRAM JUTAWAN ::

Apa itu DETOX??

Process of removing potentially toxic substance from our body.

Internal purification or spring cleaning.

So detoks ni, kita akan servis dalaman kita bagi clear segala toksin & sampah sarap yg lama terkumpul.

Mana datangnya pulak TOXIN banyak-banyak dalam badan..


Ringkasnya, detoks ialah proses pembuangan toksin drpd organ2 detoks badan. Utk badan kita lebih ringan & kita dpt manfaatkan kesihatan.

So.. Kita dah tau ape tu detox... Perlu atau tidak kita detox.. Macam mana nak detox.. Apa langkah yang perlu kita ambil... Apa yang perlu ada untuk detox...

Ade pendapat yang tak setuju dengan detox.. Atau mungkin kerana menggunakan term detox ianya tak disenangi oleh sesetengah orang..

Tapi bagi mak....


Nak buat detox ni pun... Bukan mudah.. And kena banyak sabar... Tapi.. Bagi orang yang faham kenapa kena detox... Diorg memang seronok nak buat detox...

Cumanya... Bila buat sorang-sorang... Tak de guide.. Semangat yang berkobar.. Membara pun boleh jadi malap... Nak-nak bila tgk menu detox stage pertama tu...

Hijau je... Ramai yang menghela nafas panjang.🤣🤣🤣🤣

Yang best Program JOM Detox Jutawan ni... Diorg guide u A to Z..Termasuk mental preparation...

Sblm start program diorg guide PRE Detox.. Supaya badan kita tak terkejut...

Diorg pantau day by day...

Senarai grocerise yang nak kena beli pun diorg sediakan...

Guide untuk ibu-ibu hamil and orang kurus pun ade...



The best part is..

Korang buat kat rumah sendiri je... Tapi dengan pantauan coach Detox.. X payah nak dok dalam akademi semata-mata sebab nak detox...

Boleh ajak ahli keluarga ngan kaum kerabat sekali sama-sama buat detox... Alaaaa... Setahun sekali... Kalau kurus.. Itu bonus buat korang... Tapi setakat ni.. Tak de lagi yang tak kurus sebab detox.. Sume kurus kau... 💃💃💃💃










Haaaaa... Nampak tak... Acane pun mesti lost kgs...

Lagi best lost inch.. Body dapat shape...

Selain dari berat kita hilang tak mau patah balik... Detox ni boleh bantu u jadi cantik...

Iye la.. Dah x de sebab dah kulit kita tak sihat... Semua toxin  kita dah halaukan... Jadi nya.. Yang ade sel-sel kulit baru yang segar n sihat..

Bila kita berjaya menyingkirkan toksin2 yg lama terkumpul dlm bdn,

Kita akan rasa lebih bertenaga, pemikiran lebih jelas, boleh ingat info dgn mudah, badan lebih sihat, tak selalu sakit, tak selalu MC, nafas lebih segar, memiliki sistem penghadaman yg sihat, boleh pergi toilet setiap hari & masalah2 yg sensitif tu akan berkurangan.

Waistline berkurang, dapat inchloss, body weight berkurang, senang bangun pagi, kurangkan rasa craving, tengok kek nak kek, tengok coklat nak coklat..





Siapa yang boleh guide you untuk dapat kesan macam kat atas tu ha...

Of course lah Team Jutawan...

Tak berjaya dapatkan target you?? Samada nak cantik atau kurus... Repeat je Detox... Dan masih boleh gunakan khidmat nasihat Coach Detox Team Jutawan...

Dah panjang berjela Mak tulis kan??

Masih lagi mak tak senaraikan Kelebihan Program Detox Jutawan ni...

Korang rasa lepas baca dari atas sampai bawah ni.. Bape banyak kelebihan program ni????

Cer tulis kat komen... 🤗🤗

Nah... Sekarang ni Batch 15.0 tengah berlansung... 😁😁😁

Jangan risau... Sebab program berjalan dan akan terus berjalan... Sebab sentiasa ada peserta untuk program ni...

Yang belum pernah detox.. And yang nak join Program Detox Jutawan ni... Korang prepare tuk batch Detox16.0..



Nak join Program Detox Jutawan ni?? Roger mak ye...


Home n Mobile Spa
Beauty Parcel by Aqlis Zamia
New Beautician Wanted

https://twbaqlismia.wasap.my/

❤Team Jutawan
Ubaidah Yusof
Your Expert TWB Spa Trainer

Sunday, September 15, 2019

:: ADA PELUANG BAGUS KE BUSINESS MLM SHAKLEE ::

What???!!!!

MLM????!!!!!!!

A biG NO for some people... Diorg dah pasak dalam kepala.. MLM ni kayakan orang atas...

System MLM sangat tak adil... Simpan stok bernilai puluh ribu akhirnya pasang sendiri kat umah.. Atau.. Bagi je kat family n sedara mara...

Nah!!! Baca pengalaman aku...
-------------------------------------------------------------------

Downline aku buat sales lebih dr aku.. and naik rank sama level ngan aku... Tanpa sedikit percent pun aku dapat dr dia.. Tak de duit senang ok...

Aku leader die kot.. Patutnya percent aku mesti ada kan?? Tapi.. Kalau sales aku sendu dari die.. Aku x boleh dpt apa2 dari dia...

Haaaa... Fair kan.. Sape hebat dalam business.. Die la yang naik dulu.. Sebab kita bawak empire masing2.. Takde isitileh aku keje untuk orang atas..

-------------------------------------------------------------------

Shaklee tak kan bagi ko senang-senang makan duit downline ko...

Dan Shaklee akan senang-senang bagi pada korang yang mampu guide ramai orang untuk bina empire sendiri... Ade leadership bonus tau... 💃💃💃💃💃

Kita tak kaya sorang-sorang tau.. Kita ajak ramai orang kaya sama-sama.. 😍

Dan kita bukan wat business paksa org beli and simpan je stok bawah katil...

Its all about hidup dalam sihat dengan cara Shaklee... Apa guna habis berjuta dengan R&D tapi org tak tau kelebihan Shaklee..

Apa guna tapis 1 bahan beratus kali kalau kita x boleh nak share dengan customer yang Shaklee ni sangat selamat...

Kat sini la peluang U buat business Shaklee.. U are the One yang akan share semua kelebihan Shaklee pada orang ramai..



Thats the beauty of MLM Shaklee...

-------------------------------------------------------------------

Empire mane yang korang kena join... Korang kena pilih empire yang betul.. Yang bagi korang benefits tentang semua aspek dalam kehidupan...

Nak business ni... Orang kata hati kena kental... Minda pun kena minda business.. Pusing sane duit masuk.. Pusing sini duit masuk...

Sebab tu team kena betul...

Jap gi join diorg.. Tanye soalan pun susah nak jawab... Input pun tak dak.. Lepas register ko jalan la sendiri...

Haaaa... Sendu gak tu...

Ko baca la buku ijau Shaklee tu... Ko cari la gamba dalam website Shaklee...
Bila cakap sket kena tempelak... Ko tak usaha.. Ko yang tak fokus..

Alamak... Kita dah la baru nak mula.. Sekali die punya hentam... Tu yang hentam.. Yang tinggai bodo je buat tak tau... Mana hala nak tuju pun kelam...

Haaaa... Haru...

Nak cerita pasal hidup sihat ni.. Jap lagi nganga pening sorang-sorang... 🤣

-----‹@ -----‹@ -----‹@ -----‹@ -----‹@ -----‹@



Sebab tu la aku memang bersyukur sangat dok bawah Team JUTAWAN ni.. Bawah 10 orang Master yang hari-hari tak tau bosan guide anak cucu cicit piyut sume...

Ilmu tak masuk akal pun diorg ajau tau..
Ilmu mahai giler pun bagi free je..







Memang diorg nak kita semua kaya.. Alasan diorg bosan jenjalan overseas tak bawak dowline sama.. 🤣🤣

Tak logik ek alasan diorg nak soh kita kaya sama..

Nah.. Ni lagi 1 ilmu tak masuk akal Master ajau dalam TEAM..

Haaaa... Jap lagi sambung.. Nak cerita pasal unlimited income dengan Shaklee...

OK Now!! How did I started my business
-------------------------------------------------------------------

The Walking Beauty Projek.. Business Home & Mobile Spa Shaklee yang diilhamkan oleh salah seorang Master kami.. Master Ainul Shahrazad..

100% gunakan produk Shaklee..



Dengan business ni aku mula consume produk Shaklee ni.. Selain dari skincare die.. Suplemen dah tentu...

Nampak macam business biase-biasa kan.. Tapi selain dari instant cash yang aku dapat dari servis Mobile Spa aku... Of course bonus bulanan dari Shaklee bila achieve targat sales...

Bukan sebab duit tu yang aku dapat.. Tapi sistem pembayaran bonus dan bonus statement setiap bulan tu buatkan aku ade income kedua yang membolehkan aku beli aset gunakan bonus statement tu...

Sama macam payslip... 😊😊

Lagi 1..

Detox Program yang skrg ni dah batch ke 15 pun...





Program yang bantu ramai orang kurus lebih sihat... Fokus die bukan untuk kurus.. Tapi fokus die adalah untuk buang toxin dalam badan...

Dari projek ni jugak kita boleh buat income and dapat bonus..

Lagi sekali.. Fokus kita bukan duit tu.. Tapi.. System pembayaran bonus tadi... It helps a lot untuk kita cantikkan payslip kita..

-------------------------------------------------------------------

Sebab tu kat atas tadi aku syorkan korang pilih team yang betul untuk ambil peluang buat business Shaklee ni...

Come on...

Minda kelas ketiga akan cakap kami ni nak kaut duit org dengan business kami... Tapi rata-rata dalam team kami...

Lebih banyak sebarkan kebaikan bila kita consume suplemen... Kebaikan detox.. And jadi cantik dan lebih sihat dengan spa Shaklee..

Kalau masih ada yang tau tentang kepentingan perkara-perkara kat atas tu... Its ok.. Bukan salah u alls.. Its just our team yang belum cukup sebarkan tentang perkara ni..

Dalam tak sedar...

Ramai dah yang kita bantu untuk lebih sihat..

Ramai dah kita bantu buat income hari-hari..

And untuk korang yang belum tau.. Masih belum terlambat... Kami masih berusaha untuk Share tentang Shaklee dengan korang..

Dan dengan bantuan yang salurkan dari business Shaklee ni... Alhamdulillah... Rezeki tu datang tanpa diduga...

NOW!!!

Rezeki macam mana yang kita boleh dapat melalui business ni...

Itulah 3C yang Shaklee tawarkan...

1. Cash Bonus

Masuk Akaun setiap bulan tanpa miss ikut pencapaian kita..

Yang ni semua SID Boleh dapat.. Tak de masalah...

2. Car Bonus

Haaaa yang ni dalam proses aku nak dptkan.. Name je Car Bonus.. Tapi tak dapat kereta tau..

Dapat duit.. Terus masuk akaun jugak..  For sure lah ade kelayakan die...

Cumanya dah pesan 2 kali kat atas tu.. Pilih team yang tepat untuk guide kita..

3. Convention Trip

Trip yang menawarkan kita melancong keluar negara dan bertaraf 5 bintang...

Bape pulih ribu kita nak savings untuk percutian 5 bintang...

Sama macam kita nak set up spa berkonsepkan Bali.. Betul tak?

Tapi.. Dengan Shaklee semuanya percuma and dapat duit belanja sekali..



U alls boleh join team saya..

¡ANda team samada melalui TWB Projek.. Atau sebagai SID...

Its really fun and yang penting.. Ade 2nd income....

Komen je persoalan anda dan saya akan jawab... No problem... Atau.. Klik link kat bawah untuk hubungi saya melalui whatsapp..


Home n Mobile Spa
Beauty Parcel by Aqlis Zamia
New Beautician Wanted

https://twbaqlismia.wasap.my/

❤Team Jutawan
Ubaidah Yusof
Your Expert TWB Spa Trainer



Tuesday, May 21, 2019

:: MAKAN SAYUR TAK??!! ::



Haaaa... best kan.. tanam sayur kat laman umah macam nih.. Nak masak ape petik jer.. Berapa ramai agaknya rakyat Malaysia yang ade kebun sayur kat umah macam nih..
Dapat sayur segar hari-hari.. Makanan sihat nih..

Tengok taman sayur macam nih.. rase macam nak ade sebijik kat umah.. tapi aku try tanam bunga ros.. mampos baq ang.. muahahahaahha

puas ku jaga.. ku tanam ku bagi baja.. rupa-rupanya hari-hari anak aku cabut cucuk.. cabut cucuk..
adoii.. meninggal ros ku dalam pasu.. ha ha ha..

Cite pasal sayur balik..

Ni.. dapat macam nih.. hasil die nak jual ker?? atau bagi kat jiran-jiran... syiok kan.. berbudi pada tanah.. haaa.. hasil die lumayan..

Pastu tok sah dok konfiden sangat makan sayur 3 mangkuk 1 hari... 
Dok pumpang pumpang tak bagi orang percaya suplemen.. Jangan makan suplemen tak de khasiat pun... baik makan sayuq.. makan buah... adoiii... letih nak habaq.. 

Korang 1 family 6 orang.. kalau anak sorang pun... ok lah.. 3 orang minima dalam satu keluarga..
Masak sayur banyak mane aku nak tanye nih..
Setiap hari dapat makan sayur 3 mangkuk sorang ker??

Kalu aku la ngan anak perempuan aku tu.. memang aku konfiden lah... Jenis suke ratah sayuq... 
Kang kalau aku mengadap semangkuk... haaaa,... die pun datang mengendeng mintak jugak macam mak makan... yang abang ngan adek2 die belum nampak lagi kesungguhan nak makan sayuq sampai 3 mangkuk 1 hari.. 

Kalau suplemen lain tu aku tak tau.. macam mana cara penyediaan die... atau bahan ape yang diorang guna.. tapi kalau Shaklee...

8000 kajian setahun untuk setiap bahan yang digunakan dalam penyediaan suplemen shaklee.. nak bagi korang sihat.. nak bagi yang selamat..

Satu suplemen lain yang memudaratkan.. tak yah nak palitkan semua.. sebab tu ade akal pakai.. 
Pilih yang terbaik.. yang bantu diri kita makin sihat.. bukan main ambek jer ikut suke...

Kalaupun ade orang suggest.. kaji dulu.. jangan terus beli.. 

Makan 1 suplemen yang tak diyakini.. takde proven result... baru beberapa tahun dalam pasaran... mudharat... salahkan semua suplemen... salah tu..

sebab tu SID macam kami dok cite pumpang pumpang kenapa kena Shaklee.. 

LANDMARK STUDY SHAKLEE

1.  Kajian unggul diterbit dalam journal nutrisi

kalau Google korang boleh klik.. cari ape korang nak.. takkan link Shaklee yang kami bagi korang tak boleh nak baca...
Dok study sangat... copy sana-sini.. highligt itu ini.. rase dah betul sangat.. do the same thing la dengan Shaklee.. tak salah pun kan... 

2. Kajian jangkan masa panjang 20-30 tahun..

Haaa... lama diorang kaji.. bukan sekejap-sekejap.. bukan buat produk terus jual... salah satunya pasangan kembar yang sorang tu consume shaklee and sorang lagi tak consume...

3. Dijalankan oleh university Berkeley California - Dr. Gladys Block

Haaaa... pastu haters cakap la die bukan doktor or whatsoever.. eh... korang tu mulut puake sound sane-sini aku tak tau pun kau Dr. ape dapat kat mane.. belajar mane.. kenapa.. sebab menghormati orang lain.. Ini.. semua orang korang nak hentam.. sampai kan Dr yang menyampaikan kebaikan pun korang tarik same...


4.  Subjek kajian luas.. lebih daripada 1000 orang.. bukan 1000 tikus... come on... Produk Shaklee tak diuji pada haiwan... toksah dok cakap macam-macam kalau tak tau... 

dan kita ade 5 keputusan dalam kajian nih..

1. Paras nutrisi dalam darah
2.Bacaan darah
3.Kes penyakit
4. Kesan kepada pengguna Shaklee
5. Risiko kepada pengguna

Nak tau tak ape result nya... 

To be continue..



KURSUS HOME & MOBILE SPA DENGAN MODAL TERENDAH

1 TO 1 COACHING

1 DAY TRAINING

5 COURSES + 1 ADVANCE COURSE

INCLUDE
SPA KIT & SIJIL
BEAUTY PRODUCT
SPA EQUIPMENT

DENGARKAN BUSINESS PREVIEW SECARA PERCUMA

HUBUNGI SAYA

1 Perfect Business within 1 Deal for All Beauty With Brain
Ubaidah Yusof
Owner Aqlis Mia Beauty Spa
The Walking Beauty Certified Beautician & Trainer
http://TWBAqlisMia.wasap.my

Monday, March 25, 2019

MOBILE SPA IDEAL UNTUK SURI RUMAH

Ideal untuk surirumah bukan bermakna orang yang bekerja tak boleh buat mobile spa The Walking Beauty..

Cumanya aku nak fokus pada surirumah dalam dalam post kali ni..

Surirumah pada umumnya adalah orang yang bekerja 365 hari tanpa cuti..

Surirumah selalunya terima gaji means nafkah dari suami..

Ramai surirumah zaman ni yang buat business...

Masak and jual..

Dropship..

Online business pulak adalah method yang paling dirasakan sesuai oleh surirumah...

Tak perlu simpan stok.. Tak perlu pergi pejabat pos... Senang cerita.. Business yang tak perlukan u tinggalkan rumah and anak-anak..

Kat sinilah boleh aku katakan yang business mobile spa di bawah The Walking BeautY Projek sesuai untuk surirumah..


Time balik kampung... Sanak saudara dah confirm tadah muka and badan... Nak-nak diorg yang kerja and tak sempat nak manjakan diri...

Bila balik kampung.. Eh.. Ade spa.. Kat rumah.. Harga baek.. Servis pun same je macam kat kedai... Sape lah yang tak nak... Silap-silap setiap kali balik kampung die dah tunggu kita... 💃💃💃💃




Mase ikut suami outstation... Sape je yang dapat ikut suami outstation... Selalunya surirumah la kan... Kita yang bekerja ni ade ke yang ambek cuti sebab nak ikut suami outstation... He he...

Mase ni pun kencang... Nak-nak bila org tau kita ade mobile spa... Sempoiiii baq ang....




Kring.... Kring...

Dapat call ade customer nak datang umah...

Haaaa... Sape yg boleh layankan... Kot la kite boleh tinggalkan tempat keje balik umah nak tunggu customer... Memang tak la kan... 😁😁😁😁

Nak gi ambek anak balik sekolah kul 12.. 2 jam je pun... Singgah jap la rumah customer... Mobile spa... Barang boh dalam kete selalu.. Ye tak... Bukan teruk sangat pun nak angkat 1 trolley beg...

Diam tak diam... Business ni sangat-sangat secocok dengan surirumah...

Business online kalau untung RM5-RM10...Nak dapat kasau kena rajin... 24 jam kat fon... Sebab online business kan...

Dah cukup duit nak beli lauk... Singgah bank cucuk duit... Iyelah.. Kat pasar lum boleh swipe debit card...

Kalau spa ni... Dalam 2 jam dapat RM60 paling sikit.. Sementara ambek anak tu boleh dah singgah kedai jap beli lauk...

Dengan mobile spa yang sangat fleksibel dengan surirumah ni... Kita jadi seronok sebab dapat instant cash dalam amoun yang agak kasar...

Pernah dengar surirumah beli umah and kereta asbab mobile spa TWB??

Pernah dengar surirumah belanje husband dinner tempat mahal asbab mobile spa TWB??

Pernah dengar surirumah bawak husband melancong asbab mobile spa TWB..

Ok...

Spa TWB adalah spa shaklee... Selain dari mobile spa.... Kita boleh dapat bonus dari Shaklee sendiri...

Dari spa ni je... Selain instant cash... Kita dapat 3 lagi sumber pendapatan walaupun kita tak buat servis spa...

Haaaa... Best sangat kan...

Dengan shaklee je ade 2.. Monthly bonus ngan untung runcit... Jualan produk shaklee...

Mobile spa TWB ni bukan ideal untuk surirumah jer... tapi sangat-sangat ideal untuk semua wanita..

Masih sempat untuk anda dengarkan free preview tentang mobile spa The Walking Beauty Khamis ni.. Preview terakhir pada bulan ni...

Anda cuma perlu bagi saya nama dan no kad pengenalan untuk background check up.. hi hi...



Income pertama selepas resign... See.. berhenti kerja pun tak risau dah... 


Hanta la ceruk mana pun... he he... Kat Eqypt pun ade Mobile Spa The Walking Beauty



Haaaa.. nak ambek kesempatan wat promo facial RM50 sempena minggu gaji ni...
Booking minggu ni and  apply pada bila-bila masa jer korang free.. dengan syarat booking
dalam minggu ni..

0125747547
Beauty Parcel by Aqlis Zamia



Friday, March 22, 2019

5 KISAH WANITA PEROLEH PENDAPATAN 4-5 ANGKA DENGAN MOBILE SPA

Readers Aqlis Mia Dot Blogspot dah tak asing lagi dengan kisah pendapatan tambahan dari income Mobile Spa The Walking Beauty..



Iye lah.. Lepas 1 hari training...

Korang terus dah boleh buat income...

Kalau tempat lain.. Dengan modal RM1999 baru dapat belajar kursus spa.. Tapi dengan The Walking Beauty.. Dengan yuran tu korang dah dapat peralatan lengkap untuk sebuah mobile spa.. Then.. Boleh terus entertaint customer...





Posting kali ni nak bawakan 5 orang yang income bukan biashe biashe dengan Mobile Spa The Walking Beauty ni..

#SuccessStoryTWB

Memang syiok sangat bile kita ada skills ni and produk terbaik dari Shaklee ni... Memang terus confident nak buat servis..

1. SHYE

Ni cerita dari Shye... Tekan link untuk reach FB die... Kat sini i tampal kisah dia untuk dikongsikan...

1. Bila saya join TWB dan berapa yuran masa tu?
🔹 Saya join Nov 2015. Masa tu RM750 untuk course facial je.

2. Apa BIG WHY join TWB?
🔹 Nak capai career development & improve income walaupun saya housewife and 24 jam kat rumah.

3. Apa perkara yang paling berharga diperolehi sejak join TWB?
🔹 Dapat ilmu bisnes, strategi bisnes, ilmu kesihatan, ilmu kecantikan, bonus pun makin besar & bisnes rasa lebih fun nak buat bila ada progress.

4. Berapa lama masa ambil untuk balik modal:
🔹 Modal pun pakai income bonus Shaklee je. Pastu waktu upgrade ke 5 course (sekarang pakej 5 course ni RM1,999), pun sama, beli barang2 dengan bonus Shaklee. Every month pun income bonus Shaklee lebih stabil. Income saya memang 4 angka setiap bulan & paling minimum pun RM1k++ so senang la dpt balik modal 😄 . Alhamdulillah.. saya tak buat servis spa langsung tau ni. Saya jaga anak-anak 24 jam je di rumah. Anak ada 3. Paling kecik 1 tahun 2 bulan.
So bayangkan kalau u all buat duit ngan servis spa lagi macam yang saya share kat wall FB saya hari2, sure berkepuk-kepuk lagi income. Yang bagusnya ilmu spa TWB ni, anda bebas nak pilih penjuru income mana yang anda nak. Takde saper paksa.
5. Adakah TWB sama dengan training spa di luar sana? Kalau berbeza apa satu perbezaan yg paaaaling menarik?
🔹TWB memang jauh berbeza. Perbezaan yg paling menarik adalah kelebihan mentorship yg ada dlm bisnes TWB even selepas hands-on training. Then ada 6 penjuru income yang kita leh kejar. Ada career development. Tak buat spa pun ada cara utk dpt income. Ada FREE trip kita boleh dapat. Dan macam2 lagi. Memang TWB best sgt2 😊

6. Fokus TWB kepada servis spa semata atau semua penjuru income?
🔹 Saya pernah fokus servis spa masa awal2 join. Buat kat jiran-jiran & ahli keluarga kat kampung. Memang merasa instant cash tu. Sejam keje dah dapat at least RM50. Serius senang gile buat duit!!
🔹 Then saya fokus membesarkan empire saya dengan menolong wanita lain pula yg nak buat bisnes mobile spa ni. So saya fokus utk besarkan bonus Shaklee melalui recruitment dan menjual produk2 Shaklee serta untung runcit. Kiranya walaupun saya tak buat servis spa, saya sedang menolong wanita lain untuk buat servis spa diorang & besarkan income diorang pula 😊

7. Average income dr TWB (Harap boleh share untuk pembakar semangat pembaca & wanita di luar sana)
🔹 Paling minimum RM1000 setiap bulan sekarang dalam title surirumah 24 jam & tak buat servis spa. Totally coaching anak buah dalam marketing spa & bisnes Shaklee masing2 je. Then paling tinggi pernah hit RM5k+++ waktu naik Coordinator.
Apa pencapaian impian paling tinggi:
🔹 Emmm hasil gigih berbisnes dari rumah, saya berjaya membesarkan tabung simpanan saya. Syukur Alhamdulillah.
🔹 Saya resign drpd engineer tahun 2014. Join Shaklee 2014 & TWB tahun 2015. Then saya tunaikan Umrah pada akhir tahun 2016, travel ke Istanbul (Turkey), Ho Chi Minh (Vietnam), Kyoto dan Osaka (Jepun), Hanoi (Vietnam), belanja keluarga penginapan di hotel 5 star di Cyberjaya sempena Anniversary , and banyak lagi.. Then bayar downpayment kereta Nissan Serena sebanyak RM10k, daftarkan anak masuk swimming class and now InsyaAllah.. sikit lagi nak layak dapat FREE Trip 5 Star ⭐️ Regional Shaklee ke Phuket tahun 2019 ni. Doakan saya ye ☺️
Apa perasan dapat capai impian dengan TWB:
🔹 Memang seronok sgt sebab sejak join TWB, bisnes start progress and empire YST saya grow. And yang paling happy, of course bila saya dapat naik rank dalam Shaklee satu persatu dari Supervisor, lepas tu Senior Supervisor dan akhirnya latest Coordinator, semuanya asbab berTWB.
Income pun makin stabil Alhamdulillah. Suami juga merestui pekerjaan saya Alhamdulillah.
Dalam empire saya, saya telah melahirkan 5 orang Supervisor, seorang Senior Supervisor dan ramai lagi business builders Spa TWB ☺️
Apa saranan/cadangan untuk wanita di luar sana:
🔹 Jom sertai kami di TWB. Terlalu banyak peluang untuk anda jana income tak kisah la nak full time ke part time ke. Once anda dah join dan faham lubuk2 duit yg ada, anda akan rasa untung sgt2 dah menjadi salah seorang ahli dan #AlumniTWB.









1. Bila join TWB dan berapa yuran masa tu?
🔹 Zura join Nov 2015. Masa tu RM750 untuk course facial je.

2. Kenapa nak join TWB sedangkan sudah bergelar guru dan ada income yang lebih stabil?
🔹 Cikgu bukan JUTAWAN tau. Paling banyak berniaga cikgu la weh. Dekat bilik guru memang penuh katalog. Paling best siap ada telegram jualan 😂😂😂 Berniaga ni Bukan sebab cikgu pandai bercakap TAPI sebab sesak da. Tengok sebelah kiri bahagian Slip gaji dah macam gaji doktor. Cuba telek sebelah kanan, banyak potongan weeee.
Zura join TWB ofcos la nak improve income sebab selalu sesak nafas bila hujung bulan & bila ada duit dapat tunaikan tanggungjawab sepatutnya kepada mak ayah sebagai seorang anak.

3. Apa perkara yang paling berharga diperolehi sejak join TWB?
🔹 Dapat ilmu bisnes, strategi bisnes, ilmu kesihatan, ilmu kecantikan, bonus pun makin besar & bisnes rasa lebih fun nak buat bila ada progress.

4. Berapa lama masa ambil untuk balik modal:
🔹SEBULAN. Ye cuma sebulan je dah dapat dah pulangan modal RM750 tu. Zura memang fokus buar servis spa, training spa & Shaklee.

5. Nak buat Spa ni perlukan pengalaman ke?
🔹 Sejujurnya, zura 0 basic spa. Jadi, nak buat spa korang ghase perlukan pengalaman spa ke? Zura belajar masa training dan selebihnya belajar setiap hari melalui client kita. Kata orang practice make perfect. Tak perlu nak tunggu perfect baru nak buat. Alamatnya memang sampai ke sudah tak buat. From 0 dan lama-lama zura jadi excellent dalam dunia spa.

6. Kenapa pilih spa TWB & Shaklee?
🔹Spa TWB & Shaklee memang jauh berbeza. Perbezaan yang paling menarik adalah kelebihan mentorship yang ada dlm bisnes TWB even selepas hands-on training. Then ada 6 penjuru income yang kita leh kejar. Ada career development. Tak buat spa pun ada cara untuk dapat income.
Ada FREE trip kita boleh dapat. Dan macam2 lagi. Memang TWB best giler. Bonus shaklee memang sangat besar. Masa baru join Spa dan Shaklee, bonus pertama cuma RM23.42 sen je dan seterusnya zura pernah dapat RM3k macam tulah dan seterusnya ? (Rahsia la) Insyaallah lebih banyak dan banyak bila niat kita ikhlas.
Cuma sekarang tak lah rasa sesak sangat. Kalau nak beli apa je boleh beli tak payah tunggu gaji.

6. Apakah cabaran paling hebat selama buat spa?
🔹 Tipulahkan kalau kata takde cabaran. Fuhhh lap dahi sekejap. Tapi sebab cabaran tu lah zura jadi semakin kuat dan lebih positif.
 zura pernah dihina mula tak lawa ada hatu nak buat spa. Sedih giler beb. Tap tap ayaq mata berderai bak kaca terhempas. Mau orang tak jeles, muka yang macam jalan tar dulunya dah boleh ada spa atas nama sendiri.
Ada aku kesah 🤗🤗🤗
 Zura selalu sesat ke rumah customer. Bila sesat berhenti tepi jalan dan nanges2. Hahaha
Zura bernasib baik tau sebab sepanjang buat spa belum ada lagi customer yang tipu.

7. Average income dr TWB (Harap boleh share untuk pembakar semangat pembaca & wanita di luar sana)
🔹 Paling minimum RM1000 setiap bulan kalau buat servis spa weekend je. Ni kalau malas nak cari cuatomer spa la. Paling tinggi income dalam spa zura pernah dapat RM750 untuk sabtu dan ahad. Bayangkan kalau uolls suri rumah ni buat full time. Lagi masyuk beb.
Kita bos, kita pekerja, kita akauntan , jadi ikut suka kita nak buat masa bila. Sangat fleksibel. Tak ganggu langsung masa kita bersama keluarga. Kita boleh buat perancangan sebab untuk customer spa perlukan booking dan kita boleh set masa appoiment ikut masa kita.

8. Macam tak percaya boleh savings banyak untuk hantar mak ayah ke umrah. Betul ke tak ni?
🔹 Pada mulanya zura pun tak percaya. Tapi zura percaya kuasa fokus dan letakkan target. Hari-hari tatap target tu dan bayangkan. Dan bukan tenung je.....diiringi dengan usaha.
🔹 Nak tahu macam mana zura buat? Ok macam ni lepas kursus spa, zura hanya mahirkan skills dengan facial saja. Seorang customer zura cas RM50. Zura dah dapat lebih 100 orang customer. Sila darab lah ye.
🔹Alaaaa macam ni bila nak kaya. Bila nak capai target. Kat sinilah zura upgrade skill. Zura upgrade terus kepada sauna, scrub badan, lulur aromatheraphy massages dan tangas. Kat sinilah betapa nilainya ilmu bila kita boleh higher buat duit.
🔹 (Dan zura terpaksa bayar setiap kurus pada harga berlainan). Sebab tu pekej sekarang lebih menguntungkan. Korang bayar sekali dan nikmati 12 kursus lumpsum. Jangan takut rugi, jangan takut mahal, percayalah bila korang bijak gunakan ilmu ianya sangat bermanfaat.
🔹 Lepastu zura tambah lagi kursus... tamaknya la kan. Kali ni zura upgrade kursus bekam dan akupunktur. Alahai bila banyak skill zura boleh buat pekej dan sekaligus menampakkan betapa highclass nya spa kita. Customer ada banyak pilihan.
🔹 Zura hanya guna keuntungan spa untuk upgrade skill. Bertuahnya rasa. Korang nampak tak? Betapa berbaloinya jika kita berani melabur.
🔹 Zura mula rekacipta nama pekej spa, contohnya pekej seri pengantin, seri ayu, pekej bidadari dan macam-macam pekej. Bila buat pekej, kita dapat bantu customer untuk nikmati spa lebih menjimatkan.
🔹 Pernah sehari tak tau dah nak bagi apa nama pekej ni, customer nak semua sekali. Servis dari pagi sampai petang.Aduh duh patah pinggang mak.
🔹 Setiap hasil spa zura tabung. 20% je kalau nak enjoy pun. Berkat menabung. Bestkan korang.

9. Kenapa nak hantar mak ayah dan bukan sendiri yang pergi?
🔹 Saya berdoa supaya zura dan suami juga dijemput menjadi tetamu Allah. InsyaAllah redha allah adalah redha ibubapa.
🔹 Sebenarnya pada mula zura saving niat saya nak ikut trip TWB ke Paris. Haaaa bab ni zura nak habaq salah satu kebestan SPA TWB. Setiap tahun ada annual trip international. Zura dah beli beg, dah beli jacket, dah beli long john. Cuma kasut tu tengah survey. Paris pada masa tu musim sejuk.
🔹Tetiba ubah fikiran, Allah gerakkan hati in nak hantar mak ayah ke umrah. Baik zura dahulukan mereka dan lupakan niat untuk ikut trip. Zura fikir takut tak sempat je nak tunaikan impian mereka. Finally, buat keputusan dan terus bayar booking RM2k dengan Emraaz Agency. Selebihnya perlu dijelaskan sebulan sebelum pergi. Alhamdulillah, kita pasang je niat, Allah terus hantar rezeki mencurah-curah. Kos yang zura sponser hampir 20k.
Menitis air mata dan terpancar wajah gembira di raut wajah suci mereka. Allahu

10. Apa saranan/cadangan untuk wanita di luar sana:
🔹 Jom sertai kami di TWB. Terlalu banyak peluang untuk anda jana income tak kisah la nak full time ke part time ke. Once anda dah join dan faham lubuk2 duit yang ada, anda akan rasa untung sangat2 bila menjadi salah seorang ahli dan #AlumniTWB.





Ketika mula2 join, memang takde langsung peralatan spa.. apatahlagi barang2 untuk buat pakej pengantin. Dengan sauna, bekas spa, alatan lengkap , bunting, flyers , steamer panas, steamer sejuk, bisnes kad, tilam spa, bantal spa dan bermacam2 lagi alatan spa. Otak time ni pun kosong tentang ilmu spa, sendiri pun tak pernah pergi ke spa, nikan pulak nak buat spa kat orang sampai boleh terus run bisnes😆
How powerfulnya sistem TWB yang dibuat ni?
Betapa ia bermakna pada jannah dari mula jannah menuntut ilmu dengan Master Athirah, sehinggalah sekarang. buatkan jannah belajar baaaanyak benda tentang erti menjalankan perniagaan bermula dari tangan KOSONG.
Berkat perah otak, manage duit sehabisnya dan betul2 pada tempat dia dan mendengar semua nasihat dan guidance mentor menjadikan jannah kini berjaya akhirnya MILIKI SPA ATAS NAMA SENDIRI.
Berbeza sangat impak ketika jannah ikuti kursus spa diluar sejurus selepas tamat pengajian degree. Walaupun free, ilmunya, coachingnya, guidancenya takkan sama dengan TWB . Lifetime coaching! Dari 0 tak tahu apa2 tentang bisnes spa, sampailah ke satu level , kau berjaya bergerak dan nampak apa yang kena buat untuk majukan diri sendiri
Dalam bisnes , 10% sahaja sebenarnya tugas mentor,90% bisnes adalah atas tangan sendiri. Usaha dan kesungguhan ada dalam 90% dan ramai collapse bila baru buat 20-30% sahaja. Walhal bila tengok usaha, belum pun capai dan layak digelar STRUGGLE IS REAL untuk diri sendiri
Bila tengok pakej sekarang, terasa untung beautician TWB, semua dapat dah kat tangan. DENGAN BEGNYA, DENGAN PERALATAN NYA, DENGAN SKINCARE DAN SEMUA BAHAN2 SPA NYA tinggal nak run aje spa. Pulak tu siap2 belajar 5 jenis rawatan spa sehingga boleh mengadakan pakej pengantin untuk penuhi permintaan tinggi kat luar sana.
Untungnya mereka berbanding pakej yang jannah ambil sebelum ni. Kadang2 terfikir mengapa masih ada yang belum sungguh2 jalankan spa betul2 walau di tangan dah pun dibekalkan, peralatan spa lengkap, guidance dan group khas . Alasan sibuk bukan alasan bisnes zaman ni untuk kita berjaya, alasan kurang permintaan juga bukan soalan bijak untuk bertanya kepada mentor kenapa ia terjadi? Semuanya pucuk pangkal adalah diri sendiri. If you nak, go for it! Usahakan apa cara sekalipun sampai you berjaya !
If orang lain boleh naik rank , tentu kita sendiri pun boleh !
Jika orang lain boleh jana income ratusan ringgit sehari, begitu jugak kita, tetap boleh
Cuma beza kita dan orang berjaya adalah ACTION!



APA NILAI YANG SAYA DAPAT SEJAK JOIN THE WALKING BEAUTY?
Hi guys!
Sy nak share sket tentang sy mula terjebak dengan projek spa TWB.. Bermula pada Julai 2015 lagi.. Masa tu pakej spa RM750! Murah jerr.. Ambil course facial je pun.. Tak macam sekarang ni, Lengkap dah 5 course, siap ada course tambahan lagi! Makeover..
Beruntung lah u all yang dah join Pakej Spa TWB 2019 ni.. All complete! Siap produk semua! Best gila!
Mula join TWB niat just nak challenge diri je sebab sy nak tengok sendiri potensi sy dalam bisnes spa. Test market orang kata. Sebab bisnes spa ni masa tu tengah naik! Trending! 😁
So far, it’s worth! Saya tak menyesal pun. Jatuh bangun sy, sy tetap stay in TWB..
Nilai yang sy dapat melalui TWB?
🌹 Dapat capai income instant cash dengan mudah
🌹 Dapat meluaskan lagi bisnes Shaklee sy melalui spa TWB. Alhamdulillah sy kini berjaya naik Rank Coordinator!
🌹 Dapat membantu para wanita terutama suri rumah untuk menjana pendapatan sama ada secara part time atau full time melalui TWB
🌹 Dapat membimbing mereka untuk menjadi usahawan spa yang berjaya
🌹Mengeratkan lagi ukhwah silaturrahim sesama team TWB.
Dan banyak lagi.. In shaa Allah mudah2an rezeki kita semua diperluaskan lagi.. Apa pun kerjaya yang kita lakukan sekarang, niatlah kerana Allah SWT.. ❤️
I’ll fight for Swiss 2020! Aaminn


Orang Kelima aku nak ceritakan tentang diri aku sendiri
Maybe reject cket cerita ni sebab aku baru jer dapat income 3 angka dari Shaklee.. And 3 angka jugak dari mobile spa... 
He he..
Tapi... Ini adalah kisah kejayaan aku dalam hidup aku sendiri... dalam circle aku yang kecik ni...

Pada mulanya kau join The Walking Beauty ni sebab memang nak bukak spa sendiri.. dah fikir kat mane and konsep ape spa aku nanti.. tapi.. biaselah.. angan-angan hanya angan-angan bila kita cuma berangan...
Dengan join TWB aku tak payah fikir dah berapa puluh ribu lagi aku nak kena ade sebab aku dah pun ada Beauty Parcel by Aqlis Zamia dengan modal RM899

AKu dapat skill servis spa.. aku tau nak marketing.. aku dah mula ade business card sendiri.. flyers... untuk promosikan mobile spa aku...

Disebabkan aku masih bekerja.. dan Mobile spa ni boleh buat income sambil santai-santai.. Dah syiok pulak... dapat bape ratus sebulan tu... dapat tambah duit sket-sket... 

Selalunya yang guna servis aku ni..

Bakal-bakal pengantin.. Full pakej dengan harga RM249

Then.. bile tambah skill penjagaan berpantang... haaa... dah mula ade customer urutan tradisional.. tapi yang ni tak count in.. ha ha ha.. cuma nak cite jer... 

yang best nyer.. lepas servis.. dapat bagi mak cash.. kalau RM50 aku bagi le mak RM20... macam tu lah... kalau banyak dapat.. banyak le boleh bagi...

Nak cerita sikit... 
Cerita ni aku tak dendang kan pada sesapa.. sebab kalau cerita jadi serba salah.. tak tau kenapa...

Aku baru je dapat anak keempat... dan anak ni adalah anak shaklee aku 100%... he is really different.. ha ha... maybe asbab consume Shaklee.... Alhamdulillah.... 
Masa mengandung aku cargas...
Mase berpantang pun aku cargas...
TAk de masalah...
Aku aktif gak walaupun belum habis pantang... 
Dan lepas je hari aku dah ade customer urut dan facial...
Itu adalah sisi luaran yang orang lain boleh tengok,.. orang lain boleh nampak..

Tapi... sebenarnya berpantang anak keempat ni adalah waktu sukar aku...
Aku hampir meroyan... Benci dengan semua benda.. anak-anak yang besar jadi mangsa... I dont know nape aku marah diorang macam orang takde iman...

Rumah dan tempat kerja aku agak jauh.. Duduk di Bukit Katil... and kerje di Jasin.. anak-anak semua bersekolah di Jasin... 

Uruskan anak-anak sendiri.. adalah perkara yang mencabar.. Dulu aku tak rasa.. tapi bila anak yang bersar dah sekolah.. dan ade baby... aku rasa sangat-sangat tertekan bila waktu siang.. nak uruskan diorang kat rumah... if tak sekolah... ayah die kerja Tampin.. Agak jauh.. dan waktu siang 100% aku uruskan anak-anak...




WAktu yang boleh tenangkan aku bila husband balik.... Dia akan uruskan semua hal rumah.. jadi tekanan perasaan yang aku rasa waktu siang tu terubat.. tapi esoknya perkara ni akan berulang..

Aku dah start jadi baran sangat-sangat... 

Satu hari tu.. entah macam mana.. sebab apa.. aku luahkan pada husband
Aku call die kate tak larat...
TAk boleh..
Penat sangat...
Aku memang tak mampu.. tak mampu sangat... 
Aku menangis... Bentan 2 kali lah jugak mase berpantang hari tu..
Ulang alik melaka jasin dan karenah anak-anak dalam kereta selama setengah jam mase pergi balik tu... 
Anak-anak aku sangat ok kalau aku ok..
Tapi aku sangat tak ok dan buatkan diorang memberontak...

Dari situ.. Husband buat keputusan untuk beli 1 rumah kat jasin.. Kalau tak de income tambahan ni aku tak berani... Aku sangat yakin yang Mobile spa aku akan terkenal.. Dan dan mula dikenali... InshaaAllah... kami boleh survive..



Kalau husband takde OT pun kami tak berani... Syukur juga ade peluang husband pun ade pendapatan tambahan... 

Dan sekarang alhamdulillah...
Aku adalah antara orang-orang yang bahagia dan gembira.. 
Saat yang sangat-sangat getir aku dah lepas... Sekarang ni nak capai impian-impian yang belum dapat di capai.... 

Ya Allah... Terima Kasih dengan susunan jalan cerita hidup aku yang kau tentukan....




:: CHECK UP ANAK BERJADUAL DIHOSPITAL MENYUSAHKAN ::

Haiii allss...  Lame dah tak share ape-ape cerita.. and kali nih... aku nak share pasal bawak anak check up bulanan kat klinik ibu dan ana...

Yayah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Abang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Kakak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Adek

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers