KENAPA RAHIM BENGKAK?
Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.
Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan.
(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).
Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku.
Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja.
Samada akibat dari sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.
Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor.
Antara 4 Faktor Utama adalah :
1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
- Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.
3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'.
Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.
Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.
4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal
Perlukah Pembedahan?
Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan atau menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem lain seperti saluran kencing, sistem usus dan sebagainya.
Berbincanglah dengan doktor pakar anda, kemungkinan besar anda perlu melakukan pembedahan.
Huhu... kalu boleh tak mau la di bedah kan? Sakit tuh...
So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?
Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya.
Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai fibroid atau cyst.
Antara langkah yang dapat membantu adalah :
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.
2. Makan Buah2an dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan. (soya dlm ESP adalah phytoestrogen)
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi es
trogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.
6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.
Ok, selain itu, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?
Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong.
Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.
(Michael T. et al, 2012),
Cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat.
Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza.
Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid.
Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO) - ESP Shaklee adalah non GMO, jd selamat utk diminum oleh wanita yg PCOS etc.
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik.
Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.
No comments:
Post a Comment